Make your own free website on Tripod.com

Yayasan Salam Malaysia ( Temerloh )

mainleft.jpg

Laman Utama | Pengenalan | Sukarelawan sepenuh masa | Aktiviti sebelum & selepas | Moh ikut kami! | Koleksi gambar | Hubungi kami

YAYASAN SALAM MALAYSIA, atau ringkasnya SALAM, adalah sebuah organisasi bebas dan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan untuk menggalakkan semangat khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan SALAM adalah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan luar negara yang memerlukan perkhidmatan.

SALAM menganjurkan program-program perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang dengan tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti.

Kami adalah sebuah organisasi bebas dan bukan kerajaan, kegiatan-kegiatan kami dibiayai melalui sumbangan daripada dermawan-dermawan perseorangan, badan korporat dan kerajaan.
 
 

Kami juga bergerak aktif di Temerloh,Pahang D.M dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan.

Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai dunia kesukarelawan.

p1010432.jpg
Peserta - peserta Kursus Asas Sukarelawan 2005 di Kuantan Pahang.

Salam_Temerloh

designed by : h@ditech studio