Make your own free website on Tripod.com

Yayasan Salam Malaysia ( Temerloh )

Laman Utama | Pengenalan | Sukarelawan sepenuh masa | Aktiviti sebelum & selepas | Moh ikut kami! | Koleksi gambar | Hubungi kami

Pengenalan

Anda harus :

  • suka membantu dan bekerja dengan orang lain
  • boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai
  • sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran
  • sebaiknya mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain
  • sedia belajar
  • sedia untuk membuat komitmen penuh masa

PENGENALAN


SukarelawanKERJA SUKARELA MEMERLUKAN
anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda bersukarela, komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat manfaat hasil daripada perkhidmatan anda, atau dari pengetahuan yang anda kongsi. Anda pula bermanfaat hasil daripada pengalaman perkongsian itu, dan daripada pengajaran yang diperolehi daripada komuniti tersebut.

Kerja sukarela berbeza daripada kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelaan merupakan satu gabungan di mana kedua-dua pihak bermanfaat.

SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela: sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan SALAM.

Sukarelawan Temerloh

Kami berharap setiap program kesukarelawan yang dijalankan di Temerloh akan mendapat sokongan yang padu daripada semua pihak.

p1010418.jpg

Yayasan Salam Malaysia 
( Temerloh )

Salam_Temerloh

designed by : h@ditech studio