Make your own free website on Tripod.com

Yayasan Salam Malaysia ( Temerloh )

Sukarelawan sepenuh masa

Laman Utama
Pengenalan
Sukarelawan sepenuh masa
Aktiviti sebelum & selepas
Moh ikut kami!
Koleksi gambar
Hubungi kami

SUKARELAWAN SALAM BEKERJA SEPENUH MASA dengan organisasi di mana mereka ditempatkan. Tempoh perkhidmatan yang lebih diharapkan adalah sekurang-kurangnya enam bulan. Dalam kes-kes tertentu, tempoh yang lebih singkat dapat diatur, terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam bidang-bidang teknikal yang lebih khusus.

Sukarelawan SALAM menerima elaun untuk keperluan makan-minum dan penginapan. Elaun ini adalah antara RM 600 hingga RM 800 sebulan, bergantung kepada kos sara hidup di tempat mereka ditugaskan. Jika tempat tinggal disediakan oleh pertubuhan di mana mereka ditempatkan, maka jumlah elaun sebenar akan ditentukan, sewajarnya. Sukarelawan juga akan diberi kemudahan perubatan serta insuran kemalangan peribadi.
Soalan-soalan yang biasa ditanya
Bila sukarelawan SALAM ditempatkan di sesuatu organisasi, mereka menjadi "pekerja" organisasi tersebut. Walaupun SALAM memberi elaun serta mengawasi kerja mereka, sukarelawan berlapor terus kepada organisasi yang mereka ditugaskan dan menerima arahan daripada organisasi tersebut.

Sukarelawan SALAM boleh bekerja sama ada di luar atau dalam negara. Di mana sukarelawan ditugaskan bergantung kepada sama ada ada atau tidak sesuatu tugasan, dan kemahiran serta minat seseorang. Kerja sukarela sama ada di dalam atau di luar negera adalah sama penting dan bermanfaat.

untuk maklumat lanjut, layari :

Sukarelawan Sepenuh Masa.

Salam_Temerloh

designed by : h@ditech studio